Make your own free website on Tripod.com

Maklumat

Pengenalan

Surau Ad Diniyyah telah di bina dan di rasmikan pada tahun 1998 oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Awang dan pembinaan surau adalah kerjasama dari semua pihak penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, hasil dari derma dan sumbangan  orang ramai

 

Inilah surau yang telah menghubungkan silaraturrahim antara penduduk Islam di taman ini dan segala aktiviti dan perancangan telah di jayakan bersama dengan penuh rasa kasih sayang, bersama memakmurkan rumah Allah ini dan dipenuhi dengan kuliah-kuliah maghrib, kuliah subuh dan Forum Perdana.

 

Mudah-mudahan Surau Ad Diniyyah ini sentiasa dipelihara Allah dari segala mehnah dan malapetaka sebaliknya sentiasa mendapat keredhaan Allah swt.

 

Kerja Pembaikan Surau

 

Surau Ad-Diniyyah setelah "menabur bakti" selama hampir lapan tahun bermula 1998 kepada ahli qariah Taman BBS 2A, pihak jawatankuasa Surau Ad-Diniyyah berpendapat bahawa sudah tiba masanya saiz asal "rumah Allah" ini diperbesarkan serta dipelbagaiguna kan untuk maslahah masyarakat setempat. Lebih tepat lagi, kecenderungan khalayak muslim taman ini terhadap program keagamaan meruntun idea ahli jawatankuasa surau untuk menyegerakan pembesaran surau ini.

 

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinNya segala urusan ke arah pembinaan surau menjadi mudah. Pada 2hb Jun 2006 kerja-kerja pembinaan telah bermula. Tiada Kontraktor yang sanggup membida tender yang dibuka kecuali En. Habib Ismail yang sanggup mendahulukan kerja-kerja pembinaan.

 

Mengikut sejarah pembinaan surau Ad– Diniyyah ketika surau ini mula di bina, En Habib Ismail juga yang mendahulukan kerja pembinaan, kemudian AJK surau membayar balik kos secara ansuran. Kini konsep yang sama digunakan, bina dulu bayar kemudian.

 

 

Jumlah Pengunjung sejak 1 Julai 2006

Web Page Counters
Text Box: AL KULIYYAH 
Text Box: KULIAH AGAMA
Text Box: CERAMAH
Text Box: MOTIVASI

“Perumpamaan orang yang menderma di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai (akan menumbuh) seratus benih yang lain” (Surah Al Baqarah ayat 261)

Rayuan Derma
Saham Akhirat

Web Remaja

TBBSF2A

 Hantarkan pandangan anda

Sumbangan dalam bentuk cek atas Nama      : DANA PEMBESARAN SURAU AD- DINIYYAH

Bank Islam Malaysia Berhad Nombor Akaun  : 14-069-01-001759-4   Hubungi Haji Zul 013-3672260